COVID-19

Korea Selatan kembali bergelut kekang jangkitan COVID-19

29/05/2020 01:41 PM

SEOUL, 29 Mei -- Korea Selatan pada Jumaat mencatatkan lebih 58 kes baharu COVID-19 dalam tempoh dua hari berturut-turut, semuanya dilaporkan di bandar raya Seoul, lapor agensi berita Yonhap.

Daripada jumlah itu ia termasuk 55 jangkitan tempatan, meningkatkan jumlah kes kepada 11,402, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC).

Sebahagian besar jangkitan baharu itu berkaitan dengan kemudahan pengedaran e-dagang Coupang di Bucheon, barat Seoul.

Semua jangkitan baharu itu memberi tekanan hebat kepada kemampuan Korea Selatan untuk membendung penularan virus.

Sekurang-kurangnya 96 kes dikesan di pusat logistik itu sejak pesakit pertama disahkan minggu lalu, menurut KCDC.

Coupang and Market Kurly, platform penghantaran bahan makanan dalam talian, turut melaporkan jangkitan virus di pusat logistik di Goyang di utara dan timur Seoul. 

Bimbang dengan lonjakan kes baharu, pihak berkuasa kesihatan melaksanakan kempen penjarakan sosial lebih ketat di Seoul dan sekitarnya yang menempatkan separuh populasi negara itu seramai lebih 50 juta - selama dua minggu sehingga 14 Jun.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan