BERITA COVID–19   COVID: Majlis hari jadi cetus kluster Kimolohing di Ranau | COVID: 98.3 peratus daripada 5,726 kes baharu dari kategori satu dan dua - KP Kesihatan | Perwira Malaysia, Kelab My Sarawak sasar agih 700 bakul makanan untuk golongan terjejas COVID | SKM Kelantan sedia tabung khas COVID-19 bantu ahli koperasi | Malaysia rekod trend penurunan kes COVID-19 sejak Minggu Epidemiologi ke-34 | 
COVID-19

COVID-19: 60 peratus kes positif di Sabah libatkan kes import

26/05/2020 03:01 PM

KOTA KINABALU, 26 Mei -- Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata lebih 60 peratus kes COVID-19 di negeri itu adalah jangkitan dari dalam negeri yang kebanyakannya terdiri daripada kontak rakyat Sabah yang baru pulang dari Semenanjung.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia telah membahagikan kes jangkitan COVID-19 kepada empat kategori iaitu Kes Import A yang membabitkan rakyat Sabah baru pulang dari luar negara dan mendapat jangkitan dari negara lain seperti Vietnam, Thailand, United Kingdom dan Indonesia. 

"Kes Import B pula membabitkan rakyat Sabah yang baru pulang dan mendapat jangkitan dari luar negeri (Sabah) terutama dari Semenanjung Malaysia; Kes Import C membabitkan kes jangkitan (dalam negeri) tetapi dikesan di luar daerah tempat pesakit bermastautin dan kategori keempat adalah Kes Tempatan iaitu jangkitan dalam daerah tempat pesakit bermastautin. 

"Majoriti kes jangkitan di Sabah adalah kontak kepada Kes Import B iaitu mereka yang dijangkiti di Semenanjung dan baru pulang ke Sabah," menurutnya dalam kenyataan hari ini. 

Dr Christina berkata tiada kes baharu dilaporkan semalam dan jumlah kes bagi negeri Sabah kekal 343.

Sementara itu, beliau berkata penghantaran pulang penuntut institusi pengajian tinggi Sabah disambung semula semalam melalui empat penerbangan sewa khas yang membawa seramai 1,148 pelajar.

Dr Christina berkata kesemua pelajar akan diperiksa oleh petugas kesihatan di pintu masuk lapangan terbang.

“Pihak JKNS (Jabatan Kesihatan Negeri Sabah) memohon kerjasama semua pihak untuk memastikan pengurusan pergerakan pulang pelajar berjalan dengan lancar," katanya.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan