COVID-19

COVID-19: Senarai berita palsu tular 12 tengah Hari, 26 Mei - KKMM

26/05/2020 01:17 PM

KUALA LUMPUR, 26 Mei -- Berikut adalah senarai terkini penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) tengah hari ini.

 

1. Pejabat Perdana Menteri atau PMO menafikan kesahihan artikel bertajuk "Najib sebagai penasihat Ekonomi, Bukan Menteri Kewangan atau Perdana Menteri" seperti yang tular di media sosial. PMO menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti dinyatakan dalam artikel tersebut.

 

2. KKM menafikan khabar angin tentang pelaksanaan perintah berkurung di kawasan Brickfields, Kuala Lumpur iaitu di belakang Bangunan YMCA berikutan dakwaan terdapat empat kes positif COVID-19 setelah tersebarnya gambar sekumpulan anggota kesihatan berpakaian PPE di kawasan tersebut di media sosial. Sehubungan itu, PDRM menjelaskan gambar tersebut merupakan rakaman kejadian yang berlaku di kawasan Kuala Langat, Selangor pada 16 Mei lalu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan