Isnin, 13 Julai 2020

8,718

Jumlah kes

14

Kes baharu

8,519

Jumlah discaj

122

Jumlah kematian
0 Kes terbaharu
SETAKAT 5 PM, 12 JUL 2020 (Sumber KKM)
COVID-19
25/05/2020 02:07 PM

KUALA LUMPUR, 25 Mei  -- Majoriti golongan belia berpandangan bahawa Pakej Rangsangan Ekonomi Negara (PRE) bagi menangani impak pandemik COVID-19 mampu memberi nafas baharu kepada sektor ekonomi negara.

Menurut kajian dalam talian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dari 14 hingga 24 April lepas, hampir keseluruhan atau 97.2 peratus daripada 2,928 responden turut berpendapat langkah kerajaan itu dapat membantu mereka menangani impak COVID-19.

Kajian itu merangkumi inisiatif ketiga-tiga PRE yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, iaitu Langkah Tambahan PRE pada 16 Mac, PRE Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pada 27 Mac dan Langkah Tambahan Pakej PRIHATIN pada 6 April.

Belia daripada golongan berusia 15 hingga 30 tahun turut didapati berpuas hati dengan cara kerajaan menangani penularan wabak itu, dengan 89.4 peratus menyatakan persetujuan dengan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan.

Golongan belia itu yang menerima bantuan daripada segi kewangan/elaun (81.9 peratus), pekerjaan/pengajian (80.1 peratus), penangguhan pinjaman (76.3 peratus), diskaun bil utiliti (89.5 peratus) dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (73.6 peratus) juga bersetuju bahawa ia banyak membantu mereka yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Dr. P. Vellapandian berkata bagaimanapun terdapat 2.8 peratus dalam kalangan responden tidak bersetuju dengan keseluruhan PRE yang berpendapat terdapat kelemahan dalam pengendalian bantuan yang diberikan oleh kerajaan.

“Contohnya, ‘blind spots’ dalam kumpulan sasaran, seperti bantuan tidak sampai sepenuhnya kepada yang layak, isu komunikasi dengan PKS, kelemahan proses atau sistem penyampaian, yang mana proses permohonan dianggap tidak jelas, bantuan bersifat jangka pendek dan pembatasan infrastruktur seperti kekurangan akses kepada internet di kawasan mereka.

“Fasa pasca COVID-19 merupakan cabaran utama bagi golongan belia, hal ini kerana ramai golongan belia yang terkesan daripada segi ekonomi, sosial, fizikal dan mental. Oleh itu, rata-rata golongan belia menyarankan beberapa inisiatif baharu kepada kerajaan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata antara inisiatif yang disarankan adalah pemantauan harga barang; membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia tempatan; meningkatkan tahap keselamatan di kawasan perumahan; dan bantuan diskaun yuran pendidikan.

Turut dicadangkan adalah insentif seperti pengecualian cukai dan perumahan; kemudahan pembiayaan sewa atau pinjaman; galakan pematuhan atau penguatkuasaan PKP; dan pelan pembangunan semula komuniti kepada individu yang terjejas.

“Oleh itu, pihak IYRES berharap hasil kajian ini dapat memberikan input kepada semua pihak berkepentingan dan kumpulan pelaksana untuk tujuan penambahbaikan baik daripada segi perencanaan langkah-langkah tambahan seterusnya, mahupun penyebarluasan inisiatif-inisiatif kerajaan dalam menangani impak COVID-19 demi kesejahteraan belia Malaysia,” katanya.

Vellapandian turut menyatakan penghargaan kepada Menteria Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan pengurusan tertinggi kementerian itu, kerana memberikan platform kepada golongan belia menyuarakan pendapat mereka menerusi kajian itu. Reezal Merican telah membentangkan dapatan kajian itu kepada Jemaah Menteri pada Rabu lepas.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan