Rabu, 27 Mei 2020

7,604

Jumlah kes

187

Kes baharu

6,041

Jumlah discaj

115

Jumlah kematian
0 Kes terbaharu
SETAKAT 12 TENGAH HARI, 26 MEI 2020 (Sumber KKM)
COVID-19
23/05/2020 08:27 AM

KUALA LUMPUR, 23 Mei  -- Pengguna lebuh raya kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kembali meningkat sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak 4 Mei lepas berbanding ketika pelaksanaan PKP namun ia jauh lebih rendah daripada jumlah sebelum penguatkuasaan PKP. 

Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata sebelum penguatkuasaan PKP pada 18 Mac lepas, kira-kira 1.7 juta pengguna direkodkan setiap hari dan apabila PKP dikuatkuasakan, jumlah pengguna lebuh raya hanya 500,000 hingga 600,000 sahaja sehari.

"Tapi bila PKPB diperkenalkan dengan beberapa industri dibenarkan untuk beroperasi, maka pengguna lebuh raya di Lebuhraya PLUS mencatatkan peningkatan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata semalam hampir sejuta kenderaan menggunakan lebuh raya di bawah kendalian syarikat itu.

Katanya peningkatan pengguna lebuh raya semasa pelaksanaan PKPB berbanding semasa PKP berikutan terdapat pergerakan ekonomi yang memerlukan penghantaran barang keperluan dari satu negeri ke negeri lain termasuk pekerja sektor tertentu yang perlu merentas negeri.

Mohd Yusuf berkata kesesakan yang berlaku di beberapa tempat di lebuh raya sejak beberapa hari lepas berikutan terdapat sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan terhadap PKPB dan bukannya akibat daripada peningkatan trafik.

Bernama difahamkan, rata-rata pengguna lebuh raya ketika ini merupakan petugas sektor tertentu yang perlu merentas negeri.

-- BERNAMA  

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan