BERITA PRU15   DUN Tioman: Calon BN bertemu calon PH, bincang strategi kempen | Calon PN Padang Serai beri keterangan kepada polis berhubung kenyataan ‘kerajaan zina’ | PRU15: Hampir RM400 juta diperlukan untuk atasi banjir di Padang Serai | PRU15 Tioman: Calon PN saran kerajaan Pahang beri dua hari cuti umum | Wan Rosdy sekali lagi diberi mandat terajui kerajaan Pahang | 
COVID-19

Johor beri insentif RM1,000 kepada pemandu pelancong

21/05/2020 06:58 PM

JOHOR BAHRU, 21 Mei -- Kerajaan Johor akan memberikan insentif secara sekali bayar sebanyak RM1,000 seorang kepada 936 pemandu pelancong berlesen di negeri ini yang terjejas susulan wabak COVID-19.

Exco Pelancongan negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata insentif melibatkan peruntukan sebanyak RM936,000 itu adalah insentif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Negeri Johor bagi meringankan beban yang dihadapi industri pelancongan negeri ini.

Beliau berkata insentif lain bagi membantu industri pelancongan negeri termasuk pengecualian bayaran lesen perniagaan kepada pemilik syarikat pelancongan dan hotel bagi tahun ini serta pengecualian bayaran duti hiburan bagi taman tema dan pusat hiburan keluarga untuk tahun ini.

“Insentif pengecualian bayaran lesen perniagaan kepada pemilik syarikat pelancongan dan hotel itu melibatkan jumlah anggaran sebanyak RM894,211 yang memberi manfaat kepada 1,031 pemegang lesen perniagaan manakala pengecualian bayaran duti hiburan bagi taman tema dan pusat hiburan keluarga pula dianggarkan berjumlah RM3 juta,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Selain itu katanya, kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan sedang merangka strategi jangka pendek dan jangka panjang bagi memulihkan serta mengembalikan daya saing industri pelancongan negeri Johor pasca COVID-19.

Maklumat lanjut mengenai insentif berkenaan dan perkembangan mutakhir sektor pelancongan negeri Johor boleh layari laman Facebook Tourism Johor.

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan