COVID-19

PKD Muallim kesan ada pelajar IPT positif COVID-19

14/05/2020 12:31 AM

IPOH, 13 Mei -- Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Muallim mengesahkan ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di daerah itu positif COVID-19 selepas menjalani saringan menerusi Ops Hantar Pelajar.

PKD Muallim dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata susulan daripada itu, pihaknya dengan bantuan pusat kesihatan IPT itu mengambil inisiatif membuat pengesanan kontak rapat yang berkemungkinan dijangkiti COVID-19 di salah satu kampus IPT itu.

“Tujuannya adalah mengesan awal secara pencarian aktif kemungkinan positif COVID-19 dalam kalangan warga IPT kampus itu.

“Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pengesanan aktif, saringan kesihatan COVID-19, sampel ujian calitan COVID-19, arahan kuarantin, pendidikan kesihatan COVID dan pengurusan kesihatan mental dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan itu malam ini.

Menurut kenyataan itu lagi, PKD Muallim meminta semua warga daerah itu agar tidak panik, sentiasa berada di rumah dan keluar sekiranya ada urusan penting sahaja. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan RM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2023 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan