Selasa, 11 Ogos 2020

9,103

Jumlah kes

9

Kes baharu

8,809

Jumlah discaj

125

Jumlah kematian
0 Kes terbaharu
SETAKAT 5 PM, 11 OGOS 2020 (Sumber KKM)
PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU
11/05/2020 06:12 PM

KUALA BERANG, 11 Mei  -- Menerima rawatan selama 53 hari dan terpaksa mendapatkan rawatan di dua buah hospital di Terengganu dek penangan virus COVID-19 cukup meninggalkan kesan amat mendalam kepada seorang pesakit yang hanya mahu dikenali sebagai Hafiz.

Lebih-lebih lagi apabila melihat seorang demi seorang rakan rapat beliau yang turut dirawat di Hospital Hulu Terengganu (HHT) dibenarkan pulang minggu lalu selepas pulih daripada jangkitan wabak tersebut sekali gus menjadikan dirinya pesakit terakhir COVID-19 yang masih menerima rawatan di hospital itu. 

Namun tiada apa yang lebih menggembirakan bagi pemuda berusia 25 tahun dan berasal dari Betong, Sarawak itu apabila dibenarkan pulang hari ini selepas sembuh daripada penyakit tersebut dan beliau menyifatkannya sebagai ‘kurniaan istimewa’ daripada Ilahi menjelang sambutan Aidilfitri dua minggu lagi.

"Sepanjang tempoh menerima rawatan di sini, saya sentiasa berhubung dengan keluarga di Betong, Sarawak melalui panggilan video dan mereka lega apabila dimaklumkan saya menerima layanan terbaik daripada petugas kesihatan di HHT serta Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

“Hubungan kami bagaikan sebuah keluarga, begitu juga hubungan dengan kawan-kawan (pesakit COVID-19 lain) juga sangat erat, cuma saya agak terkesan apabila beberapa kawan rapat dibenarkan keluar pada minggu lepas,” katanya ketika ditemui pemberita di HHT di sini hari ini.

Hafiz, yang sudah tidak sabar mahu pulang ke Sarawak untuk berpuasa dan merayakan Aidilfitri tidak lama lagi, berharap orang ramai tidak mengambil mudah mengenai ancaman jangkitan COVID-19 dengan sentiasa mengamalkan saranan kebersihan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Harapan saya agar wabak ini segera berakhir supaya kita semua dapat hidup seperti biasa secepat mungkin," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata Hafiz merupakan pesakit terakhir positif CIVID-19 yang menerima rawatan di HHT.

"Beliau telah menghadiri ijtimak tabligh di Sri Petaling pada 24 Feb hingga 4 Mac lalu dan selepas itu datang ke Terengganu untuk melakukan kerja-kerja dakwah. Bagaimanapun, beliau dimasukkan ke HHT pada 17 Mac sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) setelah mengalami batuk dan sakit tekak.

"Dua hari selepas itu, pesakit ini dimasukkan ke HSNZ setelah didapati positif COVID-19 dan telah dipindahkan semula ke HHT pada 5 April apabila keadaannya semakin stabil untuk meneruskan rawatan sebelum dibenarkan keluar hari ini," katanya.

HHT mula diwartakan sebagai hospital yang merawat kes berkaitan COVID-19 sepenuhnya di Terengganu pada 14 Mac dan sejak itu, semua pesakit lain dipindahkan ke HSNZ serta Hospital Setiu untuk menerima rawatan.

Dr Nor Azimi juga berkata kesemua lapan daerah di Terengganu kini dikategorikan sebagai zon hijau kerana telah merekodkan sifar kes positif COVID-19 bagi tempoh 14 hari dengan kes terakhir dikesan pada 23 April di Besut dan kesemua 13 pusat kuarantin juga sudah ditutup kecuali satu di Kemaman.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan