COVID-19

Patuhi SOP jika risau dengan PKPB - Dr Noor Azmi

03/05/2020 01:24 AM

BAGAN SERAI, 2 Mei -- Kebimbangan dan kerisauan rakyat terhadap risiko penularan wabak COVID-19 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menyaksikan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial dibenar beroperasi Isnin ini adalah sesuatu yang positif. 

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata keadaan itu jelas menunjukkan rakyat prihatin dengan situasi semasa dan sekali gus akan memastikan mereka mengambil langkah-langkah wajar untuk mengelakkan jangkitan. 

"Apabila rakyat bimbang mereka sewajarnya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan kerajaan, misalnya kalau makan di kedai makan tidak boleh ramai dan jaga penjarakan (sosial)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan juadah berbuka puasa sempena Iftar Ramadan Drive True di sini, hari ini. 

Dr Noor Azmi yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata pengumuman mengenai PKPB yang dibuat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bertujuan menjamin kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara.

“Kerajaan membuat keputusan secara kolektif dalam Jemaah Menteri atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk  menyelamatkan ekonomi negara dan menjaga kesihatan rakyat," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan