COVID-19

Pasar Tanjung, Pasar Ikan Tawau guna QRPay mulai 1 Mei

19/04/2020 05:12 PM

TAWAU, 19 April -- Penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai secara QRPay akan dikuatkuasakan di Pasar Tanjung serta Pasar Ikan Tawau mulai 1 Mei ini.

Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) Datuk Ir Amrullah Kamal berkata, langkah itu merupakan antara usaha mengekang penularan wabak COVID-19 di daerah ini, yang diisytiharkan sebagai zon merah.

Berikutan itu menurutnya, MPT bekerjasama dengan Maybank Tawau, bagi bagi pelaksanaan QRPay Biz untuk peniaga dan pengunjung pasar.

"Penggunaan Maybank QRPay itu tidak terhad kepada pengguna akaun Maybank sahaja, tetapi turut diluaskan kepada bank lain," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Amrullah berkata, dengan penguatkuasaan kaedah itu, orang ramai boleh mendaftar dengan Maybank QRPay secara dalam talian.

Dalam pada itu, katanya MPT turut mencadangkan agar transaksi tanpa tunai itu dapat dilaksanakan di semua pasar, pasar raya serta premis perniagaan di Tawau yang dibenarkan dibuka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

"MPT mengharap kerjasama semua pihak iaitu peniaga dan pembeli menggunakan langkah transaksi tanpa tunai ini," katanya.

Sementara itu Amrullah berkata, pihaknya bersama jabatan serta agensi barisan hadapan terus meningkatkan usaha mematahkan sebarang rantaian COVID-19 di Tawau.

"Antara usaha dilaksanakan MPT ialah misalnya di pasar meletakkan garisan jarak semeter (jarakkan sosial), menetapkan tempoh pengunjung berbelanja selama 20 minit, dan menghadkan bilangan kemasukan pengunjung ke pasar dihadkan pada satu-satu masa," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan