BERITA COVID–19   Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19 | Pemilik premis dibenar tentukan pemakaian pelitup muka | Kementerian Kesihatan pertimbang beli vaksin COVID-19 lawan varian Omicron - Khairy | Kes baharu COVID-19 turun 16.9 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham | Jepun akan mudahkan¬†prosedur kuarantin COVID-19 di lapangan terbang | 
COVID-19

UAE hantar pesawat, bawa pulang warga asing dari Hubei, China

07/03/2020 10:13 PM

ABU DHABI, 6 Mac  -- Emiriah Arab Bersatu  (UAE) mengambil inisiatif dengan menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat dari beberapa negara sahabat yang berada di wilayah Hubei, China, sebagai usaha mengekang penularan wabak COVID-19,  lapor agensi berita Emiriah Arab Bersatu (WAM). 

Pesawat dinamakan "Homeland of Humanity," itu berlepas ke China bersama dengan pasukan perubatan yang pakar dalam bidang jangkitan virus serta anggota sukarelawan. 

Pasukan perubatan itu akan memberikan rawatan perubatan yang diperlukan sepanjang perjalanan. Di samping menyediakan perlindungan sebaik pesawat mendarat dan menempatkan pesakit di bawah kuarantin untuk tempoh 14 hari.

Pasukan sukarelawan itu termasuk juruterbang dan kakitangan pentadbiran.

Dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Kesihatan dan Pencegahan (MOHAP) mengumumkan kes baharu COVID-19 pada  Khamis.

Kes terbaru itu melibatkan pelajar lelaki berusia 17 tahun yang tidak menunjukkan sebarang gejala, kini sedang menjalani rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan