BERITA COVID–19   Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19 | Pemilik premis dibenar tentukan pemakaian pelitup muka | Kementerian Kesihatan pertimbang beli vaksin COVID-19 lawan varian Omicron - Khairy | Kes baharu COVID-19 turun 16.9 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham | Jepun akan mudahkan prosedur kuarantin COVID-19 di lapangan terbang | 
COVID-19

COVID-19: Thailand catat kes ke-50

07/03/2020 09:54 PM

BANGKOK, 7 Mac  -- Dua lelaki warga Thai yang baharu pulang daripada lawatan perniagaan ke Itali adalah dua kes positif COVID-19 terkini di Thailand, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 50 kes.

Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam Dr Sukhum Kanchanapimai berkata kedua-dua mereka kini menerima rawatan di Hospital Rajavithi dan Hospital Nopparat Rajathanee.

“Dua pesakit baharu itu adalah dalam kumpulan enam orang yang pulang dari Itali pada 2 Mac lepas,” katanya pada taklimat harian berkenaan COVID-19 di sini hari ini.

Seorang daripada ahli kumpulan itu disahkan positif  COVID-19 sebelum ini manakala tiga yang lain masih dalam pemantauan.

Setakat hari ini, daripada 50 kes yang disahkan COVID-19 di Thailand, 31 telah dibenarkan keluar hospital sementara 18 yang lain masih dirawat. Seorang pesakit pula telah meninggal dunia akibat penyakit tersebut.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan