BERITA COVID–19   Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19 | Pemilik premis dibenar tentukan pemakaian pelitup muka | Kementerian Kesihatan pertimbang beli vaksin COVID-19 lawan varian Omicron - Khairy | Kes baharu COVID-19 turun 16.9 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham | Jepun akan mudahkan¬†prosedur kuarantin COVID-19 di lapangan terbang | 
COVID-19

COVID-19: Emirates perkenal polisi pelepasan tempahan tiket

07/03/2020 06:09 PM

KUALA LUMPUR, 7 Mac -- Emirates memperkenalkan polisi pelepasan kepada semua tempahan tiket yang dikeluarkan mulai hari ini (7 Mac, 2020) sehingga 31 Mac, 2020 yang membolehkan pelanggan di seluruh rangkaiannya membuat pilihan untuk menukar tarikh perjalanan tanpa bayaran perubahan dan pengeluaran semula tiket.

Ketua Pegawai Komersial Emirates Adnan Kazim berkata langkah itu membolehkan pelanggan membuat keputusan dengan tenang sama ada untuk menukar cadangan perjalanan akibat penularan COVID-19.

“Pelanggan boleh menukar tempahan mereka kepada mana-mana tarikh dalam tempoh 11 bulan bagi tempahan kelas yang sama tanpa dikenakan caj penalti. Perbezaan tambang akan dikenakan sekiranya berkaitan. Polisi ini merangkumi semua destinasi rangkaian Emirates yang sedia ada,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata situasi itu kekal dinamik dan Emirates akan terus mencari pendekatan untuk menawarkan fleksibiliti, keselesaan dan ketenangan kepada para pelanggan.

Menurutnya Emirates juga mengambil langkah berjaga-jaga tambahan dengan melaksanakan prosedur menyahjangkit yang ditambah baik selepas penerbangan melibatkan destinasi paling terjejas dengan COVID-19.

Emirates Skywards juga akan menyediakan lebih fleksibiliti kepada ahlinya yang terjejas akibat penularan itu menerusi langkah sekatan perjalanan dan pengurangan penerbangan.

“Pelanggan juga dimaklumkan bahawa perbezaan tambang atau cukai mungkin dikenakan sekiranya mereka berhasrat menukar tempahan kelas yang berbeza. Bayaran semula dan syarat-syarat tempahan semula semasa bagi tiket yang dikeluarkan sebelum 5 Mac, masih boleh dilakukan.

Pelanggan yang terjejas akibat pembatalan penerbangan susulan COVID-19 diminta membuat semakan di emirates.com/my untuk tempahan semula atau membuat pilihan semula perjalanan.

Pelanggan yang berhasrat menukar urusan perjalanan selepas membuat tempahan di antara 7 Mac hingga 31 Mac, 2020 boleh berjumpa ejen perjalanan mereka atau menghubungi pusat panggilan Emirates di talian +603-62074999.   

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan