BERITA COVID–19   Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19 | Pemilik premis dibenar tentukan pemakaian pelitup muka | Kementerian Kesihatan pertimbang beli vaksin COVID-19 lawan varian Omicron - Khairy | Kes baharu COVID-19 turun 16.9 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham | Jepun akan mudahkan¬†prosedur kuarantin COVID-19 di lapangan terbang | 
COVID-19

COVID-19: MOM mohon tempoh kelayakan Olimpik dilanjutkan

07/03/2020 04:52 PM

KUALA LUMPUR, 7 Mac -- Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan membawa ‘suara’ persatuan sukan kebangsaan kepada pihak berkaitan supaya tempoh kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dilanjutkan berikutan pembatalan serta penundaan beberapa kejohanan kelayakan susulan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia.

Presiden MOM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata perkara itu perlu dibangkitkan agar lebih ramai atlet negara dapat melayakkan diri pada temasya sukan terbesar di dunia itu.

Beliau berkata pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan penganjur Sukan Olimpik 2020 iaitu Jepun, di samping mengadakan perbincangan dengan persatuan sukan antarabangsa supaya tempoh kejohanan kelayakan itu dilanjutkan.

"Contohnya, badminton berkaitan Piala Thomas, ada cadangan supaya tempoh kelayakan dilanjutkan mungkin sehingga Jun kerana banyak kejohanan kelayakan dibatalkan. 

Kedua, kami perlu melakukan libat urus dengan persekutuan (sukan) antarabangsa jadi langkah ini boleh memberikan layanan yang adil kepada semua negara termasuk China.  Kami tidak bercakap hanya untuk diri kami tetapi juga untuk orang lain,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM di Wisma OCM, di sini hari ini. 

Antara kejohanan dibatal dan ditangguhkan susulan kebimbangan terhadap penularan COVID-19 ialah Kejohanan Badminton Terbuka Jerman dan Terbuka Poland serta Kejohanan Olahraga Indoor Sedunia 2020.

Sehingga kini 11 atlet Malaysia telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Mereka adalah Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik), Khairulnizam Mohd Khairulnizam Mohd Afendy (laser standard), Nur Shazrin Mohd Latif (laser radial), Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali (international 470), dan Khairul Anuar Mohamad (memanah).

Lima lagi merupakan atlet terjun iaitu Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee (3m papan anjal), Pandelela Rinong Pamg (10m platform) dan berpasangan dengan Leong Mun Yee dalam acara 10m seirama, dan Mohd Azizulhasni Awang dalam acara berbasikal trek, (keirin dan pecut).

Ditanya sama ada Malaysia akan mengikut langkah menunda atau membatalkan sebarang kejohanan yang bakal diadakan di negara ini, Mohamad Norza berkata pada masa kini keadaan di Malaysia masih terkawal. 

"Kita sudah ada taklimat dengan Kementerian Kesihatan. Pada masa kini keadaan masih terkawal. Sebab itu apa yang kita buat mesti berlandaskan kepada arahan kerajaan. 

Namun kita berharap pihak terlibat terutamanya persatuan sukan kebangsaan mengambil kira ancaman wabak COVID-19 ini. Sekiranya kejohanan hendak diadakan perlu ada langkah pencegahan," katanya. 

-- BERNAMA

 

 COVID-19, MOM, mohamad norza zakaria, sukan olimpik 2020


KI2 ERE MK


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan