BERITA COVID–19   Penyelidik Taiwan temui kaedah rawat pembekuan darah pesakit COVID-19 | Pemilik premis dibenar tentukan pemakaian pelitup muka | Kementerian Kesihatan pertimbang beli vaksin COVID-19 lawan varian Omicron - Khairy | Kes baharu COVID-19 turun 16.9 peratus minggu lepas - Dr Noor Hisham | Jepun akan mudahkan¬†prosedur kuarantin COVID-19 di lapangan terbang | 
COVID-19

COVID-19: Kejohanan Badminton Para Sepanyol 2020 dibatalkan

07/03/2020 01:26 PM

KUALA LUMPUR, 7 Mac -- Kejohanan Antarabangsa Badminton Para Sepanyol 2020 yang dijadualkan berlangsung di Cartagena, Murcia, bermula pada 10 Mac ini dibatalkan susulan peningkatan kebimbangan terhadap wabak COVID-19.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam satu kenyataan hari ini berkata Persekutuan Badminton Sepanyol (SBF) membuat keputusan itu semalam selepas menerima nasihat pihak berkuasa kesihatan Majlis Perbandaran Murcia.

BWF berkata ia perlu menghormati keputusan SBF kerana kebajikan pemain, rombongan mereka, penyokong dan pegawai di kejohanan itu merupakan kepentingan utama.

Badan pentadbir badminton dunia itu menegaskan ia tidak merancang untuk melakukan sebarang pelarasan ke atas tempoh kelayakan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang akan berakhir pada 2 April depan.

Kejohanan Antarabangsa Badminton Para Sepanyol adalah pertandingan kelayakan terakhir untuk pemain badminton para mengumpul mata ke Sukan Paralimpik Tokyo. 

Sebelum ini, empat acara kelayakan bukan Olimpik juga dibatalkan atau ditangguh berikutan kebimbangan terhadap COVID-19.

Acara terbabit ialah Kejohanan Badminton Para Fazza-Dubai Ketiga dijadualkan berlangsung di Emiriah Arab Bersatu dari 2 hingga 7 April; Siri Antarabangsa Remaja Thailand 2020 di Bangkok dari 21 hingga 26 April; Siri Antarabangsa Remaja Mongolia di Ulaanbaatar dari 19 hingga 24 Mei dan Cabaran Antarabangsa Mongolia di Ulaanbaatar dari 26 hingga 31 Mei. 

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan