COVID-19

Dua lagi kes positif COVID-19 di Indonesia

06/03/2020 07:38 PM

JAKARTA, 6 Mac -- Indonesia mencatatkan dua lagi kes terbaharu positif virus COVID-19, menjadikan empat kes positif setakat ini.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata dua lagi yang positif itu kini dirawat di Rumah Sakit (Hospital) Penyakit Infeksi Sulianti Saroso, Jakarta.

"Kes nombor tiga dan nombor empat. Jenis kelamin tidak usah disebut. Usianya 33 dan 34 tahun," katanya di Istana Negara, Jakarta, yang disiarkan secara langsung stesen televisyen tempatan, hari ini.

Pada 2 Mac lepas, Indonesia, negara berpenduduk lebih 270 juta orang itu, turut tersenarai negara dijangkiti virus itu, selepas dua warganegaranya, berasal dari Depok (sebuah bandar berhampiran Jakarta) disahkan positif COVID-19.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan