COVID-19

Melaka nafi ada kes COVID-19 di Jasin

06/03/2020 07:41 AM

MELAKA, 5 Mac -- Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menafikan mengenai terdapat satu kes koronavirus (COVID-19) di Jasin, kira-kira 30 kilometer dari sini, seperti yang tular di media sosial.

Pengarahnya, Dr Ismail Ali berkata berita terbabit yang tular melalui aplikasi Whatsapp itu adalah tidak benar kerana tiada kes positif COVID-19 dilaporkan sehingga kini di negeri tersebut.

"Jabatan Kesihatan meminta semua lapisan masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dan tidak menularkan sebarang berita tidak benar yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat,”  katanya, dalam kenyataan, di sini hari ini.

"Orang ramai dinasihatkan sentiasa mengamalkan penjagaan kesihatan diri yang baik seperti kerap mencuci tangan dengan sabun atau menggunakan ‘hand sanitiser’, mengamalkan etika batuk yang betul dan mengelakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat sahih atau sebarang pertanyaan dengan menghubungi Hotline Crisis Preparedness And Response Center Kebangsaan di talian 03-88810200 / 03-88810600 / 03-88810700.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan