BERITA COVID–19   COVID-19: Lebih 22.9 juta dewasa lengkap divaksin | KKM tidak cadang lanjut vaksinasi PICKids | Kejayaan Malaysia masuk fasa peralihan ke endemik turut dibantu kempen COVID-19 RTM | “Tahniah rakyat Malaysia” - Khairy | COVID-19: Satu lagi kematian dilaporkan di Korea Utara | 
COVID-19

Pesawat khas bawa pulang rakyat Malaysia selamat mendarat di Wuhan, China

04/02/2020 03:00 AM

KUALA LUMPUR, 3 Feb -- Pesawat khas untuk misi membawa pulang rakyat Malaysia, pasangan dan anak-anak mereka di Wuhan berikutan penularan novel koronavirus 2019, telah selamat mendarat di Wuhan, China malam ini.

Menurut aplikasi WhatsApp Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), pesawat AirAsia AK8264 itu yang membawa 12 kru dan lapan petugas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe kira-kira jam 9.10 malam (waktu Malaysia).

Petang tadi, pesawat khas itu berlepas kira-kira 3.50 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (Klia2) ke Wuhan, China untuk membawa pulang 141 rakyat Malaysia termasuk pasangan dan anak.

Pesawat itu juga  membawa bersama 500,000 pasang sarung tangan getah sebagai sumbangan kepada kerajaan China dalam operasi membanteras penularan 2019-nCoV di negara itu.

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan