BERITA COVID–19   COVID-19: Lebih 22.9 juta dewasa lengkap divaksin | KKM tidak cadang lanjut vaksinasi PICKids | Kejayaan Malaysia masuk fasa peralihan ke endemik turut dibantu kempen COVID-19 RTM | “Tahniah rakyat Malaysia” - Khairy | COVID-19: Satu lagi kematian dilaporkan di Korea Utara | 
COVID-19

Agong zahir harapan rakyat Malaysia pulang dari Wuhan dalam keadaan sihat

03/02/2020 08:08 PM

KUALA LUMPUR, 3 Feb -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar semua rakyat Malaysia yang akan dibawa pulang dari Wuhan, China berada dalam keadaan sihat dan dihindari daripada jangkitan novel koronavirus 2019, serta penyakit yang tidak diingini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini berkenaan jangkitan koronavirus itu, amat prihatin dengan keselamatan diri serta tahap kesihatan rakyat Malaysia yang berada di Wuhan, berikutan penularan dan peningkatan jumlah kes jangkitan virus itu di China.

"Seri Paduka Baginda mendoakan agar mereka semua yang akan dibawa pulang ini, dilindungi dari simptom koronavirus, semoga mereka dapat bersama dengan keluarga dan sanak saudara tercinta, secepat yang mungkin.

"Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia, khususnya para pegawai dan kru penerbangan yang terlibat, atas usaha menjayakan dan kelancaran misi ini, untuk membawa pulang kesemua rakyat Malaysia yang berada di Wuhan, China ke tanah air," katanya.

Menurut kenyataan itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Kesihatan, atas usaha memantau tahap kesihatan kesemua rakyat Malaysia tersebut apabila tiba di negara ini, dan memastikan mereka bebas daripada jangkitan koronavirus serta penyakit yang tidak diingini.

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan