BERITA COVID–19   COVID-19: Lebih 22.9 juta dewasa lengkap divaksin | KKM tidak cadang lanjut vaksinasi PICKids | Kejayaan Malaysia masuk fasa peralihan ke endemik turut dibantu kempen COVID-19 RTM | “Tahniah rakyat Malaysia” - Khairy | COVID-19: Satu lagi kematian dilaporkan di Korea Utara | 
COVID-19

Usaha tangani koronavirus selaras Maqasid Syariah - Dr Dzulkefly

03/02/2020 07:22 PM

PUTRAJAYA, 3 Feb -- Usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani jangkitan penyakit yang berlaku di negara ini termasuk novel koronavirus 2019 (2019-nCoV)  adalah selaras dengan prinsip Maqasid Syariah. 

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ini kerana langkah itu adalah selaras dengan lima prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. 

“Daripada kelima-lima prinsip tersebut KKM telah memainkan peranan utama secara langsung dalam mencapai matlamat ke arah kesejahteraan nyawa, akal dan keturunan. 

“Manakala KKM juga memberi impak secara tidak langsung kepada kesejahteraan agama dan harta. Oleh itu, KKM telah memainkan peranannya dalam menjaga kesemua lima matlamat Maqasid Syariah sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya. 

Dr Dzulkefly berkata demikian ketika berucap pada Dialog Awam Maqasid Syariah KKM di sini hari ini. 

Beliau berkata dalam menjaga nyawa, KKM sentiasa proaktif dan komited menangani jangkitan penyakit yang berlaku di negara ini. 

“Terbaharu dalam menghadapi  jangkitan 2019-nCoV yang sangat merbahaya, KKM mengambil langkah berjaga-jaga dan memantau semua hospital bagi menangani dan memastikan penularan virus ini terkawal,” katanya lagi. 

Tambah Dr Dzulkefly, sebelum 2019-nCoV, KKM menangani denggi, keracunan makanan dan jangkitan influenza. 

Sehingga hari ini, lapan warga China yang berada di Malaysia disahkan positif 2019-nCoV yang dikategorikan sebagai darurat kesihatan global oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). 

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata beliau berharap KKM menerapkan konsep Rahmatan Lil Alamin dalam pentadbiran dan dasarnya. 

Jelas beliau KKM sangat rapat dengan falsafah Rahmatan Lil Alamin kerana bertanggungjawab menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyat. 

-- BERNAMA

 

 


 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan