BERITA COVID–19   COVID-19: Lebih 22.9 juta dewasa lengkap divaksin | KKM tidak cadang lanjut vaksinasi PICKids | Kejayaan Malaysia masuk fasa peralihan ke endemik turut dibantu kempen COVID-19 RTM | “Tahniah rakyat Malaysia” - Khairy | COVID-19: Satu lagi kematian dilaporkan di Korea Utara | 
COVID-19

Kes ketiga jangkitan koronavirus dilaporkan di India

03/02/2020 07:15 PM

Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 3 Feb -- Kes ketiga jangkitan novel koronavirus dilaporkan di India ketika negara itu membawa pulang ratusan warganya dari bandar Wuhan, China, kawasan paling teruk terjejas akibat virus berkenaan.

Ketiga-tiga kes itu dilaporkan di negeri selatan Kerala.

Dalam kes terbaru, pelajar yang pulang dari Universiti Wuhan itu diuji positif dijangkiti koronavirus, menurut Menteri Kesihatan Kerala K.K. Shailaja pada Isnin.

Dua lagi pesakit juga membabitkan pelajar yang baru pulang dari Wuhan.

Pada minggu lepas kerajaan India meningkatkan pemantauan terhadap pelancong dan mengharamkan eksport barangan seperti topeng dan pakaian pelindung di tengah-tengah kebimbangan wabak koronavirus.

Sepanjang minggu lalu lebih 600 warga India telah dibawa pulang dari China.

India juga menggantung perkhidmatan visa dalam talian untuk pemegang pasport China dan penduduk asing di China.

"Memandangkan perkembangan terkini, perkhidmatan E-visa digantung sementara berkuat kuasa serta-merta," kata kedutaan India di Beijing pada Ahad.

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan