BERITA COVID–19   COVID-19: Lebih 22.9 juta dewasa lengkap divaksin | KKM tidak cadang lanjut vaksinasi PICKids | Kejayaan Malaysia masuk fasa peralihan ke endemik turut dibantu kempen COVID-19 RTM | “Tahniah rakyat Malaysia” - Khairy | COVID-19: Satu lagi kematian dilaporkan di Korea Utara | 
COVID-19

Koronavirus: UMK tangguh pengambilan pelajar baharu dari China

03/02/2020 07:06 PM

BACHOK, 3 Feb -- Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menangguhkan pengambilan 200 pelajar baharu dari China untuk mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di universiti itu bermula bulan ini sebagai langkah pencegahan jangkitan novel koronavirus 2019.

Naib Canselor UMK,  Prof  Datuk Dr Noor Azizi Ismail berkata penangguhan itu berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

“Pengambilan semula mereka  dijangka akan dilakukan pada bulan September depan dengan harapan wabak itu dapat dibendung,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Karnival Penyelidikan dan Inovasi  UMK  di sini, hari ini.

Majlis  itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam  Sekitar Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail.

Selain itu, Noor Azizi berkata pihaknya juga tidak membenarkan pelajar dan pensyarah serta kakitangan daripada mengunjungi China dan negara sekitarnya dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata bagi pelajar dari China dan negara sekitarnya yang sedang mengikuti pengajian di UMK,  mereka dipantau oleh Pusat Kesihatan universiti itu bagi memastikan tiada jangkitan virus berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan