Khamis, 28 Mei 2020

7,619

Jumlah kes

15

Kes baharu

6,083

Jumlah discaj

115

Jumlah kematian
0 Kes terbaharu
SETAKAT 12 TENGAH HARI, 27 MEI 2020 (Sumber KKM)
COVID-19
03/02/2020 06:49 PM

PUTRAJAYA, 3 Feb -- Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memuji tindakan pantas pihak berkuasa China dalam menangani penularan wabak 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV).

Dr Dzulkefly berkata China juga telus dalam berkongsi perkembangan dan maklumat berkenaan dengan wabak itu yang mula tercetus di Wuhan.

“Perlu saya katakan di sini bahawa China telah melakukan tugas yang teramat baik dan telus, berbanding episod SARS (sindrom penafasan akut teruk) sebelum ini yang menyaksikan mereka mengambil masa yang agak lama sebelum mendedahkan perkembangannya kepada dunia.

“Bagaimanapun kali ini saya perlu puji langkah ketat yang diambil kerajaan China dengan menyekat pergerakan ramai di Wuhan,” katanya pada sidang media mengenai situasi terkini jangkitan koronavirus di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata ketika ini sedang berlangsung mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN berhubung perkembangan Kesihatan di Putrajaya yang turut disertai China, Jepun dan Korea Selatan.

Beliau berkata antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah perkongsian perkembangan terbaru mengenai wabak itu dan pembangunan vaksin.

Ditanya sekiranya vaksin koronavirus boleh diwujudkan dalam masa terdekat Dr Dzulkefly berkata, "saya yakin tidak lama; melihat kepada siasatan dan penyelidikan yang pantas dan menyeluruh, … dari negara luar dan juga negara China sendiri,”.

Menurut beliau tiada pertambahan kes positif koronavirus dilaporkan setakar ini dan jumlahnya kekal lapan kes setakat pukul 12 tengah hari ini, iaitu tiga kes terdahulu dan lima kes dalam kalangan kontak rapat yang kesemuanya melibatkan warganegara China.

-- BERNAMA

 

 

 


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan