ABU DHABI, 3 Feb -- Beberapa mercu tanda ikonik di United Emiriah Arab Bersatu (UAE) termasuk Burj Khalifa dan ibu pejabat ADNOC di Abu Dhabi dihiasi dengan warna bendera negara China pada Ahad malam, sebagai lambang perpaduan dengan Beijing berikutan penularan wabak novel koronavirus, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Inisiatif itu sebagai tanda sokongan padu UAE, di bawah kepemimpinan Presiden Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan, yang turut bersedia menawarkan bantuan kepada kerajaan dan rakyat China selain akan bekerjasama dengan komuniti antarabangsa untuk memerangi wabak tersebut.
UAE yakin China berupaya mengawal penularan virus itu.
Bangunan mercu tanda lain termasuk Capital Gate, Global Market Abu Dhabi, Istana Emirates, Jambatan Sheikh Zayed di Abu Dhabi, Burj Al Arab di Dubai dan Stadium Hazza bin Zayed di Al Ain.
-- BERNAMA
Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial
© 2022 BERNAMA • Penafian • Dasar Privasi • Dasar Keselamatan