COVID-19

Koronavirus: statistik dari sidang media Menteri Kesihatan di KLIA

27/01/2020 04:52 PM

KUALA LUMPUR, 27 Jan -- Berikut ialah statistik daripada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad semasa persidangan media selepas melakukan lawatan kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 hari ini.

- Tidak ada ketibaan pelancong dari Wuhan, China sejak 23 Jan, hari yang sama pihak berkuasa China menguatkuasakan pelaksanaan menutup bandar raya itu bagi penularan wabak 2019 Novel Koronavirus

- Jumlah positif Wuhan Koronavirus sehingga Ahad (26 Jan) kekal empat 

- Kes menunggu - mereka yang masih menunggu keputusan makmal - seramai lima orang, kesemua melibatkan warga China. Dua orang di Langkawi, dua di Kuala Lumpur dan terbaharu di Bintulu, Sarawak.

- Kes kumulatif bagi orang yang disyaki terjejas dengan Koronavirus setakat ini ialah 38 orang dengan satu disahkan positif, 32 negatif, dan lima masih menunggu keputusan makmal (kes di Langkawi, Kuala Lumpur dan Bintulu).

- Setakat pukul 3.00 petang ini, 164,692 pengunjung telah melalui pemeriksaan imbasan di pusat kemasukan negara dengan sembilan pengunjung dirujuk untuk imbasan lanjut tetapi tidak seorang pun daripada mereka memenuhi kriteria Pesakit Di Bawah Siasatan bagi Koronavirus.

- Sebanyak 12 pengimbas suhu badan yang akan ditempatkan di pintu masuk. Ini adalah tambahan kepada 54 yang ada kini - 33 di Semenanjung Malaysia dan 21 di Sabah dan Sarawak.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan