COVID-19

Koronavirus di Ipoh yang tular di media sosial tidak benar - Dr Noor Hisham

25/01/2020 10:32 PM

KUALA LUMPUR, 25 Jan --  Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menafikan berita yang tular di media sosial kononnya kes novel koronavirus (2019-nCoV)  telah dikesan di Ipoh.

Beliau berkata  cerita di media sosial kononnya seorang pelajar dari Wuhan yang kembali ke Malaysia dan telah masuk wad di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh kerana positif 2019-nCoV adalah tidak benar.

Keputusan ujian makmal IMR mengesahkan negatif untuk 2019-nCoV, katanya.  

"Saya ingin sarankan agar netizen di media sosial jangan tularkan dan cetuskan berita palsu yang tidak benar atau belum disahkan," katanya dalam laman Facebook, hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan