COVID-19

Korea Selatan sentiasa siap siaga  elak penularan wabak koronavirus pada cuti perayaan

26/01/2020 11:44 AM

SEOUL, 23 Jan -- Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan pada Khamis sentiasa bersiap siaga untuk mengelakkan penularan wabak koronavirus baharu pada  cuti Tahun Baru Cina, lapor agensi berita Yonhap. 

Korea Selatan melaporkan kes pertama koronavirus pada Isnin apabila seorang penduduk China yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada Ahad disahkan positif dijangkiti virus itu. 

Berikutan itu, lapangan terbang di seluruh negara meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan terhadap penumpang dari China dan negara lain.

Rakyat perlu mengamalkan kebersihan sama ada ketika berada dalam negara atau melancong ke luar negara, terutamanya pada tempoh peningkatan kehadiran pelancong China, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC). 

 Kerajaan China pada Rabu mengatakan 17 kematian telah dicatatkan setakat ini, dengan lebih 570 rakyatnya disahkan dijangkiti virus itu.

Beijing pada Rabu berikrar akan menggunakan semua sumber yang ada untuk mengekang penularan wabak tersebut, terutamanya pada musim cuti perayaan.

Kes koronavirus juga dilaporkan berlaku di Jepun, Taiwan, Thailand dan Amerika Syarikat.

KCDC berkata empat kes disyaki, didapati negatif dan daripada 16 kes kesemuanya disahkan tidak mempunyai kaitan dengan virus itu.

Di samping itu, menurut KCDC pakar kesihatan tempatan akan dihantar ke China supaya dapat memantau dengan lebih rapat warga Korea Selatan yang tinggal di negara itu. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan