COVID-19

Kematian pertama akibat koronavirus dilaporkan di Wuhan, China

11/01/2020 11:47 AM

BEIJING, 11 Jan -- Bandar Wuhan di China mencatatkan kematian pertama akibat pneumonia yang disebabkan koronavirus, lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan dikeluarkan Jabatan Kesihatan bandar itu pada Sabtu.

"Sebanyak 41 kes jangkitan akibat koronavirus sejenis kumpulan virus baharu. Dua lagi pesakit telah dibenarkan keluar hospital, tujuh lagi berada dalam keadaan kritikal, seorang maut sementara yang lain stabil," kata jabatan itu. 

Kira-kira 740 orang termasuk 419 doktor, diletakkan di bawah pemantauan kerana mempunyai hubungan secara langsung dengan pesakit.

Pihak berkuasa tempatan di Wuhan pada Ahad mengesahkan bandar itu dilanda wabak pneumonia dan puncanya belum dapat dipastikan. 

Pada Khamis, media China melaporkan wabak itu disebabkan oleh koronavirus sejenis kumpulan virus baharu.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan