BENCANA NEGARA

BANJIR SARAWAK: 1,361 MANGSA MASIH DITEMPATKAN DI 12 PPS

03/03/2024 10:59 PM

KUCHING, 3 Mac (Bernama) -- Seramai 1,361 mangsa banjir daripada 351 keluarga di Sarawak masih berlindungi di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam ini susulan banjir yang masih melanda kawasan selatan negeri ini.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), jumlah mangsa banjir itu menurun sedikit berbanding 1,497 orang daripada 392 keluarga di 14 PPS pagi tadi.   

“Tiga PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi ialah di Kuching iaitu Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru dengan 297 mangsa, diikuti dengan Dewan Masyarakat Stapok (238) dan Dewan Taman Malihah (227),” menurut laporan itu.

Sejumlah 12 PPS yang aktif berkenaan terletak di beberapa kawasan di Kuching, Bau, Serian dan Siburan.

Jawatankuasa itu turut memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Tengah, Lundu telah ditutup pada jam 8 malam ini. 

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan