BENCANA NEGARA

MANGSA BANJIR DI SARAWAK MENINGKAT PAGI INI

03/03/2024 10:50 AM

KUCHING, 3 Mac (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan peningkatan kepada 1,497 orang daripada 392 keluarga, berbanding 1,193 mangsa daripada 367 keluarga setakat 8 pagi ini.

Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) turut bertambah kepada 12 berbanding lapan, semalam.

“Tiga PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi ialah di Kuching iaitu Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru dengan 297 mangsa, diikuti SJK (C) Chung Hua Sungai Tengah (286) dan Dewan Masyarakat Stapok (238),” menurut laporan itu. 

Ketika ini kesemua PPS yang menempatkan mangsa banjir meliputi beberapa kawasan di selatan Sarawak iaitu Kuching, Lundu, Bau, Serian dan Siburan.

Menerusi laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca di negeri ini diramalkan ribut petir di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman pada petang, manakala hujan di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman pada sebelah malam.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan