BENCANA NEGARA

MANGSA BANJIR DI SARAWAK MENINGKAT LEBIH 1,000 ORANG

02/03/2024 09:02 PM

KUCHING, 2 Mac (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Sarawak kian meningkat malam ini dengan lebih 1,000 mangsa ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di selatan negeri.

Berdasarkan kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), sebanyak 1,193 mangsa daripada 367 keluarga berlindung di PPS berbanding 356 orang daripada 121 keluarga setakat 12 tengah hari tadi. 

“PPS bagi kawasan di Kuching ialah Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru, Dewan Masyarakat Stapok, SJK (C) Chung Hua Batu Kawa, SJK (C) Chung Hua Sungai Tengah, Dewan Taman Malihah.

“Selain itu, PPS di Bau ialah Balai Raya Kampung Senibung dan Dewan Kampung Segong manakala PPS SK Pasir Tengah di Lundu,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan