BENCANA NEGARA

MANGSA BANJIR KANOWIT DI NGUNGUN KEMBALI KE RUMAH PANJANG

27/03/2023 07:59 PM

SIBU, 27 Mac (Bernama) -- Pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna JKKK Ngungun di Kanowit, dekat sini, ditutup pada  jam1.30 tengah hari tadi selepas baki 62 mangsa banjir daripada 29 keluarga yang ditempatkan di situ kembali ke rumah panjang masing-masing.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, susulan penutupan PPS tersebut, tiada PPS yang aktif pada masa ini.

Sebelum itu, seramai 15 mangsa dari PPS tersebut telah kembali ke rumah panjang mereka di sebelah pagi.

PPS itu dibuka pada 1.30 tengah hari semalam apabila Rumah Nyalong Indet dan Rumah Suzusie Lily Jenau di Nanga Baloh serta Rumah Langong di Nanga Bat dilanda banjir.

Ketiga-tiga rumah panjang itu terletak di tepian Sungai Ngemah yang melimpah selepas hujan tanpa henti sejak awal Sabtu lepas di kawasan Ulu Ngemah.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan