BENCANA NEGARA

NGO DIALUKAN TERLIBAT DALAM MISI BANTUAN KEMANUSIAAN KE TURKIYE, SYRIA

08/02/2023 07:05 PM

PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) -- Kementerian Luar dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Malaysia mengalu-alukan penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) untuk terlibat dalam misi penyaluran bantuan kemanusiaan ke Turkiye dan Syria.

Kementerian itu dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu memaklumkan bahawa semua NGO yang ingin menyampaikan bantuan ke Turkiye dan Syria perlu berdaftar dengan NADMA melalui e-mel spks@nadma.gov.my bagi tujuan penyelarasan.

Bagi pihak yang ingin menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Turkiye, maklumat butiran delegasi serta senarai bantuan dan peralatan yang ingin dibawa masuk juga perlu dimaklumkan melalui e-mel itu.

Terdahulu, Kementerian Luar telah mengadakan perbincangan bersama 28 NGO Malaysia yang berhasrat menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria, bagi tujuan memberi penerangan berhubung situasi semasa di lapangan terkesan serta menyelaras penyaluran bantuan kemanusiaan secara teratur dan selamat.

Menurut kenyataan itu, satu “Tabung Bencana Gempa Bumi di Turkiye dan Syria” di bawah seliaan Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri (TBKLN) akan dilancarkan dalam masa terdekat untuk menerima sumbangan orang awam kepada mangsa bencana ini.

-- BERNAMA 

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan