Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

PM Anwar Tunai Solat Sunat Aidiladha Bersama Lebih 10,000 Jemaah Di Masjid Putra

27/05/2026 09:19 AM

PUTRAJAYA, 27 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, di sini.

Beliau yang tiba bersama dengan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 7.56 pagi, disambut oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee sebelum memasuki dewan utama masjid.

Anwar kemudian bertakbir raya bersama-sama lebih 10,000 jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Dr Muhammad Zakuwa Rodzali.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau turut mendengar khutbah bertajuk "Pengorbanan Menuntut Keikhlasan" yang disampaikan oleh Muhammad Zakuwa. 

Selepas selesai solat sunat Aidiladha, beliau turut beramah mesra dengan jemaah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan