Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kajian UUK Pelesenan Anjing Perak Dijangka Selesai Hujung Tahun Ini- Exco

24/05/2026 06:24 PM

GOPENG, 24 Mei (Bernama) -- Kajian penambahbaikan terhadap Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Anjing sedia ada bagi negeri Perak dijangka dapat diselesaikan menjelang hujung tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Sandrea Ng.

Beliau berkata antara cadangan yang sedang diteliti adalah mengenakan kadar lesen anjing berbeza bagi menggalakkan pemilik memandulkan haiwan peliharaan masing-masing, pemandulan haiwan dan kaedah pemasangan cip mikro pada anjing peliharaan.

“Kita harap diselesaikan dalam tahun ini supaya kalau dilaksanakan ia boleh dimulakan secepat mungkin, kalau (boleh) tahun depan. Seperti saya sebut tadi, yang utama adalah untuk kenakan kadar (lesen) berlainan sebab hari ini memang rata-rata PBT ( pihak berkuasa tempatan) hanya kenakan RM10 untuk keluar lesen anjing.

Ad Banner
Ad Banner

“Jadi kita nampak memang ada keperluan untuk mengenakan syarat yang lebih ketat supaya pemilik lebih bertanggungjawab, sebelum dia mohon lesen dia tahu apa implikasi, tanggungjawab dari segi undang-undang dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penutup Program “Perak Pawsitive Initiative Gopeng” (Kempen Pemandulan Kucing Bersubsidi) di Dewan Serbaguna Kampung Baru Lawan Kuda di sini hari ini.

Ng berkata kesemua cadangan itu sedang diperhalusi bagi memastikan pelaksanaannya praktikal dan tidak membebankan pemilik haiwan.

Dalam pada itu, beliau juga berkata isu haiwan jalanan merupakan antara aduan tertinggi diterima PBT setiap tahun dan pendekatan penguatkuasaan semata-mata tidak mampu menyelesaikan masalah berkenaan.

“Jadi, hari ini yang merupakan program ke-10 di bawah ‘Perak Pawsitive Initiative’...kita berjaya kumpulkan klinik veterinar, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), doktor veterinar untuk wujudkan pasukan kita sendiri (bagi pemandulan anjing dan kucing).

“Sebelum ini memang kita terpaksa bekerjasama dengan pasukan dari luar perak termasuk SPCA Selangor sebab mereka memang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam mengendalikan program skala besar seperti ini, tetapi kini selepas hampir tiga tahun kita berjaya kumpulkan pasukan kita sendiri untuk Perak,” katanya.

Beliau berkata sejak projek perintis dimulakan di Gopeng pada 2024 hingga April lepas, sebanyak 1,651 ekor anjing dan kucing berjaya dimandulkan menerusi program itu, selain 1,220 lesen anjing telah dikeluarkan atau diperbaharui.

Ng berkata program berkenaan kini diperluaskan ke beberapa daerah lain termasuk Taiping, Manjung dan Kerian dengan sokongan klinik veterinar serta NGO tempatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan