Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kerajaan Dalam Usaha Wujudkan Surau Jumaat Di Bukit Bintang - Zulkifli

24/05/2026 05:15 PM

KUALA LUMPUR, 24 Mei (Bernama) -- Kerajaan dalam usaha untuk mewujudkan surau Jumaat yang selesa di Bukit Bintang bagi memudahkan masyarakat Islam menunaikan ibadah di kawasan tumpuan pelancong itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata ketika ini kawasan tersebut mempunyai Oasis Outreach Bukit Bintang sebagai pusat gerakan.

“Kami juga menumpukan usaha yang sama di kawasan lain seperti di Chow Kit. Jika tiada aral, Bangunan Yayasan Selangor yang terletak betul-betul di persimpangan “Shibuya” Bukit Bintang akan dijadikan sebagai surau atau masjid.

Ad Banner
Ad Banner

“Usaha juga diperluas di Chow Kit dan kawasan lain dengan visi jangka panjang membina masjid tersergam indah untuk memudahkan umat Islam beribadah, Insya-Allah,” katanya.

Zulkifli berkata sebelum ini beliau telah memberikan idea untuk mewujudkan surau Jumaat dan pimpinan Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) berusaha untuk melaksanakan perkara itu dengan segera.

“Sejak dua tahun lepas, saya dan pasukan JPM (Hal Ehwal Agama) menggerakkan banyak program dakwah lapangan dan kebajikan di Bukit Bintang, Chow Kit dan kawasan sekitar.

“Alhamdulillah, syukur atas gerak kerja pantas Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam usaha dakwah berhikmah ini,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan