KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri serta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan pada petang ini memaklumkan negeri terlibat ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Keadaan cuaca sama diramal berlaku di Sarawak melibatkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit, Bintulu dan Limbang (Lawas).
Selain itu, amaran itu turut membabitkan Sabah di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) serta Kudat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial