Ad Banner
Ad Banner
 AM > BERITA

Kebakaran Hutan Di Salak Tinggi Berjaya Dipadamkan Selepas 13 Jam

01/11/2025 05:05 PM

PUTRAJAYA, 1 Nov (Bernama) -- Kebakaran hutan di Salak Tinggi, Sepang yang berlaku semalam, berjaya dipadamkan awal pagi ini selepas hampir 13 jam operasi dijalankan.

Ketua Zon 5 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Penguasa Kanan II Mohamad Issmanto Md Pono berkata kawasan kebakaran merebak kepada 8.09 hektar akibat cuaca panas dan tiupan angin.

”Kebakaran berjaya dipadamkan pada 5.37 pagi tadi dan tidak melibatkan struktur bangunan atau mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bomba menerima panggilan kecemasan kebakaran itu pada 4.32 petang semalam, melibatkan kawasan seluas 0.49 hektar namun merebak sehingga 2.43 hektar setakat 9 malam tadi.

Kebakaran dapat dikawal pada 2.57 pagi dengan 80 peratus kawasan terbakar telah dipadamkan yang disusuli kerja pemadaman rapi bagi memastikan tiada nyalaan semula.

Operasi melibatkan 61 anggota, empat jentera Fire Rescue Tender dan sebuah lori tangki.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan