BERITA COVID–19   Malaysia rekod kadar pengangguran terendah sejak krisis COVID-19 pada Jun 2022 | Sifar COVID-19 di Penjara Reman Pulau Pinang sejak Jun tahun lepas | Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham | Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod | Vaksin COVID-19 Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia | 
AM

Tiada diskriminasi dalam kerjaya pelancongan - Santhara

06/08/2022 05:19 PM

MELAKA, 6 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya memberi jaminan tiada unsur diskriminasi dibenarkan berlaku dalam pekerjaan yang melibatkan bidang tersebut.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Santhara Kumar berkata semakin ramai majikan kini mula menerima pekerja tanpa mengira jantina, lokasi, bangsa atau bahasa ketika melakukan sesi pengambilan pekerja dilakukan. 

"Saya ada bertanya kepada majikan yang hadir pada Karnival Kerjaya Pelancongan ini dan semuanya menerima pekerja tanpa mengira jantina, bangsa atau penggunaan bahasa.

"Rata-rata majikan dalam bidang ini menerima pekerja yang fasih berbahasa Melayu dan Inggeris. Tiada diskriminasi bahasa dan sekiranya boleh bercakap dalam bahasa lain, ia lebih bagus," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Karnival Kerjaya Pelancongan 2022 di Dataran Sungai Melaka, bersempena program Magic of the Night 2022 di sini hari ini. 

Dalam pada itu, beliau menggesa agar golongan muda menukar persepsi mengenai pekerjaan dalam bidang pelancongan dan menjadikannya platform kerjaya bagi masa hadapan.

"Rata-rata ingat kerja di hotel contohnya, hanya di front desk atau bersihkan bilik sedangkan banyak lagi bidang dalam sektor ini. Namun semuanya perlu bermula dari bawah iaitu front desk. Apabila sudah bekerja dua atau tiga tahun dan pengalaman sudah banyak, mereka akan naik.

"Jadi, saya berharap golongan muda merebut peluang untuk memulakan kerjaya dalam bidang pelancongan termasuk perhotelan yang sentiasa berkembang dan Karnival Kerjaya Pelancongan 2022 ini boleh dijadikan titik mula bagi mereka yang ingin berkecimpung dalam bidang pelancongan seperti perhotelan atau penerbangan," katanya.

Karnival Kerjaya Pelancongan 2022 yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam itu disertai 15 majikan dengan tawaran 1,012 jawatan kosong yang merangkumi lima subsektor iaitu perhotelan (477), pengangkutan darat (249), pembinaan lebuh raya (165), pengangkutan udara (100) dan taman tema (21).

Daripada 1,012 jawatan kosong yang diiklankan, sebanyak 906 jawatan ditawarkan dalam lingkungan kadar gaji antara RM1,500 dan RM2,000 sebulan manakala 106 jawatan pada kadar gaji pokok melebihi RM2,000 sebulan. 

-- BERNAMA

 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan