BERITA COVID–19   Malaysia rekod kadar pengangguran terendah sejak krisis COVID-19 pada Jun 2022 | Sifar COVID-19 di Penjara Reman Pulau Pinang sejak Jun tahun lepas | Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham | Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod | Vaksin COVID-19 Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia | 
AM

Sultan Muhammad V berkenan isytihar Che Puan Nur Diana Petra sebagai Sultanah Kelantan

02/08/2022 04:28 PM

KOTA BHARU, 2 Ogos (Bernama) -- Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda, Che Puan Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah.  

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob membacakan pengisytiharan rasmi itu di Istana Balai Besar, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Nazran Muhammad dan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Ahmad berkata pengisytiharan itu dibuat menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).

Dalam pengisytiharan yang sama, Ahmad berkata Sultan Muhammad V turut berkenan mengurniakan Pangkat Kemuliaan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan kepada Che Puan Sofie Louise Johansson Petra, isteri Tengku Mahkota Kelantan.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan