BERITA COVID–19   COVID-19: Lebih 22.9 juta dewasa lengkap divaksin | KKM tidak cadang lanjut vaksinasi PICKids | Kejayaan Malaysia masuk fasa peralihan ke endemik turut dibantu kempen COVID-19 RTM | “Tahniah rakyat Malaysia” - Khairy | COVID-19: Satu lagi kematian dilaporkan di Korea Utara | 
AM

Ubah mentaliti harapkan subsidi - Stephen Rundi 

14/05/2022 08:23 AM

KUCHING, 14 Mei (Bernama) -- Petani serta nelayan perlu mengubah mentaliti yang terlalu mengharapkan bantuan subsidi daripada kerajaan, kata Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom.

Beliau berkata sebaliknya mereka seharusnya perlu memupuk sikap berdikari dan tidak terlalu bergantung.

Jelasnya, bantuan atau insentif adalah lebih sesuai diberikan kepada mereka yang baru memasuki dan memulakan kerjaya dalam bidang pertanian.

“Sampai bila mereka perlu diberikan subsidi, mereka akan selamanya bergantung kepada bantuan. Pada mulanya memang saya berpendapat kita perlu beri bantuan tetapi ia tidak boleh selamanya sama ada anda petani atau nelayan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada acara rakaman pentas Aco Lepa Ajau Birami Gawai oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, malam tadi.

Sementara itu, mengambil contoh nelayan, Rundi berkata beliau faham bahawa mereka tidak boleh turun ke laut dalam beberapa bulan setahun kerana musim tengkujuh namun mereka harus memikirkan pendapatan lain semasa waktu tersebut.

“(Sekiranya bantuan ingin diberikan), Kita perlu mencari kaedah bagaimana kita dapat lakukan bantuan ini secara efektif dan lebih lestari,” tambahnya. 

 -- BERNAMA 


 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan