BERITA COVID–19   KDN arah operasi pemantauan SOP dipertingkatkan  | KDN arah operasi pemantauan SOP dipertingkatkan  | PKP: 70,000 pelajar IPT pulang ke kampung secara berperingkat mulai hari ini - Noraini | COVID: PKPD di dua lokaliti di Julau, Sarawak | PKP: Joging, berbasikal, senaman kini dibenarkan mulai 8 Mei | 
AM

Dua sekolah di Perak ditutup akibat jangkitan COVID-19

04/05/2021 05:14 PM

IPOH, 4 Mei  -- Sekolah Kebangsaan St Michael di sini diarahkan tutup selama dua hari bermula hari ini susulan pengesanan kes positif COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak Ahmad Saidi Mohammad Daud berkata sekolah itu ditutup atas nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) selepas kes jangkitan itu dilaporkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

"Sekolah ini ditutup pada hari ini dan esok bagi membolehkan PKD membuat penilaian risiko, pengesanan kontak rapat dan menjalankan proses sanitasi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Kledang di Menglembu di sini turut mengumumkan penutupan sekolah itu selama dua hari bermula semalam melalui laman sosial Facebook rasminya.

"Dimaklumkan bahawa ada satu kes positif COVID-19 di sekolah kita maka sekolah akan ditutup selama dua hari iaitu pada 3 dan 4 Mei," menurut sekolah terbabit menerusi laman sosial itu.

-- BERNAMA

 

 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan