BERITA COVID–19   Wanita B40 raih pendapatan mampan di sebalik penularan pandemik | Polis siasat dakwaan KP Pendidikan Tinggi langgar SOP PKP | Penafian berita palsu tular 15 Mei - KKMM | MRSM Pengkalan Hulu nafi isu tular berkaitan makanan pelajar | Video tular mengenai Stadium Malawati tidak benar | 
AM

COVID-19: Thailand catat 1,470 kes baharu, 7 kematian

22/04/2021 10:15 PM

BANGKOK, 22 April  -- Thailand melaporkan tujuh lagi kematian akibat COVID-19 - jumlah  tertinggi dalam sehari sejak pandemik bermula Januari tahun lalu - menjadikan jumlah korban seramai 117 orang setakat ini. 

Sejak semalam, Thailand mencatatkan 1, 470 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kes terkumpul sebanyak 48,113.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata, kematian itu melibatkan pesakit berusia antara 24 hingga 86 tahun.

Menurutnya, daripada 1,470 kes baharu, Bangkok merekodkan jumlah kes tertinggi (446), diikuti  Nonthaburi (118), Chiang Mai (99) dan Chonburi (97).

"Sejak gelombang terbaru 1 April 19,250 kes dan 23 kematian telah dilaporkan," katanya pada taklimat harian COVID-19, di sini, hari ini.

Sementara itu, Taweesin berkata Thailand tidak merancang untuk menangguhkan penggunaan vaksin COVID-19 Sinovac China walaupun terdapat laporan tujuh penerima termasuk enam kakitangan perubatan di wilayah timur Rayong mengalami gejala 'seperti strok' selepas menerima dos pertama.

-- BERNAMA

 

 

 


 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan