BERITA COVID–19   MOSTI diminta tangguh umum maklumat yang diperoleh daripada HIDE | PKP beri impak bekalan darah di Sabah | Situasi COVID-19 di Besut membimbangkan, penduduk dinasihat had pergerakan, patuh SOP | Varian baharu COVID-19 bawa gejala lebih teruk - KP Kesihatan | COVID-19: Ketua Pemuda PAS Selangor tidak kritikal - DPPNS | 
AM

PKPD di Penjara Sri Aman tamat - JBPN Sarawak

21/04/2021 09:06 PM

KUCHING, 21 April -- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Sri Aman dan kuarters kakitangan anggotanya yang bermula 8 April lepas, ditamatkan hari ini setelah tiada kes positif baharu dikesan dalam saringan kedua COVID-19.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata PKPD di Kampung Menuang Baru di Limbang pula akan ditamatkan esok selepas hasil saringan kedua ke atas penduduk kampung itu didapati negatif dan tiada bukti jangkitan masih menular di kawasan berkenaan.

PKPD di kampung itu mula berkuatkuasa pada 11 April lepas dan dijadualkan tamat pada 24 April ini, namun ia ditamakan lebih awal berikutan hasil saringan kedua yang negatif.

Hari ini Sarawak merekodkan 429 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 25,558 manakala kes kematian baharu adalah empat.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak juga telah mengisytiharkan tiga lagi kluster baharu di negeri itu iaitu kluster Sungai Lemayong di Meradong, kluster Duranda Emas di Serian dan kluster Taman Mesra Bako di Kuching.

-- BERNAMA

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan