BERITA COVID–19   PKPD Bunut Susu: Ujian saringan pertama selesai, 235 individu positif | P. Pinang mohon kerajaan persekutuan segera lulus ujian RT-PCR pekerja kilang | Wanita B40 raih pendapatan mampan di sebalik penularan pandemik | Polis siasat dakwaan KP Pendidikan Tinggi langgar SOP PKP | Penafian berita palsu tular 15 Mei - KKMM | 
AM

Tiada arahan wajib 'like', 'share' media sosial menteri - KKMM

21/04/2021 08:19 PM

KUALA LUMPUR, 21 April  -- Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menafikan dakwaan mengenai arahan mewajibkan semua petugas kementerian itu untuk 'like' dan 'share' akaun media sosial menteri dan timbalan menterinya.

KKMM dalam kenyataan hari ini menjelaskan, tiada sebarang arahan yang dikeluarkan oleh Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah seperti dakwaan yang tular di media sosial sejak semalam.

“Kementerian sentiasa menggalakkan penyertaan kakitangannya dalam bersama-sama menyokong hebahan maklumat kepada khalayak termasuk melalui platform media sosial,” menurut kenyataan itu.

Semalam, tular beberapa tangkap layar pesanan teks yang didakwa mengandungi arahan KKMM kepada petugas kementerian serta jabatan dan agensi di bawah KKMM untuk ‘like’ atau ‘follow’ akaun media sosial menteri dan timbalan menteri.

-- BERNAMA 

 

 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan