BERITA COVID–19   MOSTI diminta tangguh umum maklumat yang diperoleh daripada HIDE | PKP beri impak bekalan darah di Sabah | Situasi COVID-19 di Besut membimbangkan, penduduk dinasihat had pergerakan, patuh SOP | Varian baharu COVID-19 bawa gejala lebih teruk - KP Kesihatan | COVID-19: Ketua Pemuda PAS Selangor tidak kritikal - DPPNS | 
AM

Gempa bumi lemah di Ranau

19/04/2021 12:09 AM

KUALA LUMPUR, 18 April  -- Gempa bumi lemah berukuran 2.8 pada skala Richter dilaporkan melanda Ranau, Sabah, pada 11.10 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi ciapan di laman Twitter memaklumkan gempa bumi itu berlaku 11 kilometer (km) barat dari Ranau, Sabah.

Gempa bumi lemah yang berlaku pada kedalaman 10 km itu menyebabkan gegaran dirasai di sekitar daerah berkenaan.

-- BERNAMA 

 

 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan