BERITA COVID–19   MOSTI diminta tangguh umum maklumat yang diperoleh daripada HIDE | PKP beri impak bekalan darah di Sabah | Situasi COVID-19 di Besut membimbangkan, penduduk dinasihat had pergerakan, patuh SOP | Varian baharu COVID-19 bawa gejala lebih teruk - KP Kesihatan | COVID-19: Ketua Pemuda PAS Selangor tidak kritikal - DPPNS | 
AM

Bazar Ramadan: Tindakan tegas diambil individu gagal patuh SOP - Polis

14/04/2021 06:11 PM

KUALA LUMPUR, 14 April  -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana individu yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, semasa mengunjungi bazar Ramadan di seluruh negara.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM juga menasihatkan orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan, oleh Majlis Keselamatan Negara semasa di lokasi berkenaan.

“Peniaga juga perlu bertanggungjawab dalam memastikan pengunjung premis mereka sentiasa mematuhi SOP ketika urus niaga, iaitu memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, setakat semalam pihaknya hanya memberikan peringatan terhadap penganjur dan pengunjung di bazar Ramadan, yang didapati tidak mengikut peraturan yang ditetapkan contohnya tiada penjarakan fizikal.

“(Namun), mulai hari ini dan (hari) seterusnya, kita (polis) akan ambil tindakan terhadap mereka yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya ketika dihubungi.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan