BERITA COVID–19   Rentas negeri bagi tujuan pekerjaan, perubatan dan pendidikan dibenar Isnin hingga Khamis | Dakwaan KKM manipulasi jumlah kes positif COVID-19 adalah tidak berasas -- Ismail Sabri | Thailand rancang tambah 10 juta lagi dos vaksin COVID-19 | COVID: Empat lagi kluster baharu diisytihar di Sarawak | PKP di Mukim Endau, Mukim Triang di Mersing, Johor mulai esok hingga 3 Mei | 
AM

Perbanyakkan unsur nilai murni dalam karya kreatif - Zahidi

07/04/2021 06:34 PM

KUALA LUMPUR, 7 April  -- Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin, mahu penggiat industri kreatif tempatan agar memperbanyakkan lagi unsur nilai-nilai murni dalam karya mereka.

Beliau berkata usaha itu penting, untuk terus memupuk sikap positif dan nilai moral tinggi dalam masyarakat, khususnya generasi muda.

Katanya, usaha itu boleh dimulakan dengan memperbanyakkan elemen agama, nilai murni, dan teladan, dalam program televisyen dan buku kanak-kanak.

“...kita nak buat cerita (karya kreatif) tentang kisah nabi, cerita agama, sikap hormat orang tua, dan pemimpin.

“(Tanpa sikap dan nilai murni) masyarakat kita yang akan runtuh, macam mana orang muda akan ke depan, kalau ini sikapnya (tanpa nilai murni). Jadi usaha ini perlu dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Industri Kreatif 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara Tan Sri Ahmad Zaki Ansore.

Persidangan tiga hari yang bermula ini sehingga Jumaat itu, mengumpul penggiat dan pakar industri tersebut, serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan pembentangan 25 kertas kerja dalam usaha meningkatkan kualiti industri.

Dalam majlis sama, Zahidi turun melancarkan saluran Radio Buku FM iaitu saluran radio dalam talian yang bersiaran 24 jam setiap hari, yang mengetengahkan budaya membaca dan kandungan ilmiah selain memutarkan lagu terkini sebagai hiburan pendengar.

Orang ramai boleh melayari www.radiobuku.fm untuk mendapatkan pengalaman membaca buku yang unik.

-- BERNAMA

 

 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan