KUALA LUMPUR, 14 Jan -- Penugasan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan negara tidak berubah meskipun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pihaknya mempunyai pasukan lain yang ditugaskan khas untuk memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dan sekatan jalan raya (SJR) sepanjang tempoh PKP.
“Pasukan PGA bersama pasukan tentera hanya ditugaskan untuk Operasi Benteng dan lain-lain tugas berkaitan sempadan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Kelmarin, dilaporkan cuti semua pegawai dan anggota polis di seluruh negara dibekukan serta-merta berikutan peningkatan kes COVID-19 serta pelaksanaan PKP.
Berikutan itu, seramai 48,000 anggota polis bertugas sepanjang tempoh PKP manakala 12,000 lagi bersiap-sedia untuk dikerahkan apabila diperlukan.
PKP dilaksanakan di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah untuk tempoh 14 hari bermula 13 Jan hingga 26 Jan.
Enam lagi negeri - Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan dilaksanakan PKP Bersyarat (PKPB) manakala PKP Pemulihan (PKPP) bagi Perlis dan Sarawak untuk tempoh sama.
-- BERNAMA
TENTANG KAMI
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com
Kategori
• Am
• Ekonomi
• Sukan
• Politik
• Dunia
• Rencana
• Tinta Minda
• Infografik
• Video
• Images
• Siaran Media Eksklusif
Lain-lain
• Laman Korporat
• Hubungi Kami
• Produk dan Perkhidmatan
• Kerjaya@BERNAMA
• Sebutharga / Tender
Ikut Kami
Hak Cipta