Isnin, 18 Januari 2021
13/01/2021 09:39 PM

KUCHING, 13 Jan -- Ibu Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Dayang Rosnah Abang Madeli, 90, meninggal dunia di kediamannya di PJ Heights, Petra Jaya di sini pada 6.30 petang tadi.

Fadillah berkata jenazah ibunya akan disolatkan di Masjid Ikhwanul Islam, Taman Sukma pada 9.30 pagi esok sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya.

"Kepada mereka yang ingin menziarahi Allahyarhamah, bolehlah ke Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma pada pagi esok,” menurutnya dalam hantaran di laman Facebook.

Setiausaha Akhbar Fadillah, Misiah Taib, dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Allahyarhamah meninggal dunia akibat sakit tua dan meninggalkan 13 anak.

"Datuk Seri Fadillah adalah anak kesembilan daripada 14 adik-beradik (namun) seorang anaknya (anak Allahyarhamah) meninggal dunia ketika berusia tujuh bulan,” katanya.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan